Sunday, January 30, 2011

Kesihatanku Adalah Kecantikknku

Set Bersalin Leesa Formula

(ConfineMum Set Premium)

RM350.00


KEISTIMEWAAN SET CONFINEMUM

Formula yang inovatif.
Leesa Formula menggubah kembali resepi lama mengikut gaya hidup dan keperluan generasi baru masa kini dengan cara yang lebih mudah tanpa mengurangkan keberkesanannya.

Dari sumber semulajadi tempatan, yang menjadi amalan pelbagai kaum.

Semua produk di dalam Set ConfineMum Premium dibuat dari sumber yang telah digunakan sekian lama oleh pelbagai bangsa di Malaysia seperti ikan haruan, herba `ubat periuk`, halia dan penggunaan bengkung atau barut.

Set yang lengkap, eksklusif serta istimewa dan menyeluruh.

Dengan 8 produk, ia memberikan penjagaan menyeluruh untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran ibu selepas melahirkan.

Fungsi 2-in-1 (dalaman & luaran).
Disamping menyihatkan peranakan dan badan, Set ConfineMum Premium juga membantu memberikan kembali bentuk badan yang langsing menawan.

Ringkas dan mudah.
Ia tidak remeh, tiada bau, tak perlu dibancuh, tak berbau jamu yang tengit, tak berdebu, tidak dipek mengikut minggu hingga berbotol-botol dan menyukarkan kerana perlu diteliti terlebih dahulu setiap kali sebelum digunakan.

Praktikal dan tidak membazir.
Setiap produk yang ada dalam Set ConfineMum Premium semuanya praktikal & penting untuk digunakan dan selalunya set pasti habis digunakan sebaik selesai pantang, Ia berbeza dengan jenama lain yang kadangkala memberi pelbagai produk di dalam setnya, namun sukar diamal sehingga akhirnya ia tertinggal begitu saja tanpa digunakan walaupun telah habis berpantang



Ikan haruan
mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik.

Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka.



Tablet Haruan adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.



KEGUNAAN :
* Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang bersalin secara caesarian atau pembedahan).
* Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
* Mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia.
* Boleh diambil bukan hanya untuk wanita lepas bersalin, malah oleh kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.

ATURAN MAKAN :
Sehari sekali 2 biji selepas sarapan pagi, bermula hari ke 4 sehingga sebulan (tempoh yang cukup untuk memulihkan luka).

INDIKASI :
Digunakan secara tradisional untuk melegakan luka-luka kecil dan untuk melancarkan penghadaman.

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL05051136T)
KANDUNGAN :
50 Tablet x 450mg
HARGA : RM49 SM ; RM52 SS ; $28BR


Tablet Prawan yang berperanan seperti ubat periuk ini diformulakan dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan. Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.
KANDUNGAN :
Mengandungi 5 herba `ubat periuk` iaitu :
* Teja Lawang (Cinnamomum Inners)
Digunakan secara tradisional oleh orang melayu sebagai ubat periuk menguatkan rahim lepas bersalin, selain daripada untuk menyembuhkan demam dan penawar racun, lenguh-lenguh tulang dan menambahkan tenaga badan.

* Au Malam/Petai Jawa (Phyllagathis Rotundifolia)
Banyak diamalkan oleh wanita bersalin dahulu kala untuk mencuci dan melancarkan perjalanan darah, selain untuk menyegarkan badan dan mengurangkan demam.

* Daun Keman/Semalu (Mimosa Pudica)
Banyak digunakan secara tradisi untuk membersih darah, melegakan senggugut, melawas pembuangan air kecil disamping mengubati batuk, demam panas dan sakit kepala.

* Akar Serapat (Parameria Polyneura)
Berfungsi mengecutkan dan menyihatkan peranakan selepas bersalin dan mencegah masalah meroyan.

* Pinang Kotai (Agelaea Wallichii)
Sering digunakan pada zaman dahulu untuk menambah tenaga dan menghilangkan pucat di muka kepada ibu-ibu bersalin. Ia juga berkesan untuk mengatasi sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.

KEGUNAAN :
* Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
* Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
* Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
* Mencegah masalah meroyan.
* Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
* Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.

ATURAN MAKAN :
Ambil sehari sekali 2 tablet petang selepas makan dari hari ke 4 hingga selesai pantang 44 hari.
INDIKASI :
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan.
RAMUAN :
Lignum cinnamomum Inners, radix mimosa pudica, radix parameria polyneura, radix agelaea wallichii, folium phyllagathis rotundifolia, channa striatus.
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (MAL20020639T)
KANDUNGAN: 80 Tablet x 450mg
HARGA: RM75 SM ; RM78 SS ; $41 BR 
 
 
 
 
 
 
 
 
Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkan amalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia . Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.
KEGUNAAN :
* Membuang angin dalam badan.
* Mencegah angin dari memasuki badan.
* Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.
* Mencair dan melancarkan perjalanan darah.
* Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.
* Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.
* Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
* Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.
* Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas.
CARA PENGGUNAAN :
Boleh disapu sekerap yang diingini di mana-mana bahagian badan seperti di dahi (bagi mengganti pilis serta mengurangi pening kepala), hidung (bagi memberi bau untuk mencegah rasa loya), kaki (sebelum berstokin) dan bahagian belakang bahu bagi membantu mencegah masuk angin, membuang angin serta menghangatkan badan dan dicampur dengan minyak urut untuk urut bersalin.
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL05012025K)
KANDUNGAN : 100gm
HARGA: RM55 SM ; RM58 SS ; $31 BR





Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak dan selulit. Ia disapu sebelum berbengkung bagi mempercepatkan pembakaran lemak dan selulit di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Ia tanpa bau, tiada kesan melekit serta mudah menyerap apabila di sapu.
KANDUNGAN :
* Ekstrak Barli: mengurangkan kerengsaan menguatkan tisu dan kulit.
* Ekstrak Ivy: membantu memecah lemak kepada asid bebas.
* Ekstrak Butcherbroom: mengaktifkan sistem peredaran mikro dan anti radang.
* Ekstrak Mushroom: memperbaiki sistem peredaran mikro kulit.
* Sweet Clover: menggalakkan proses awet muda.
* Lady’s Thistle: menggalakkan pembentukan sel baru.
* Lemon: membantu menegangkan kulit dan otot.
KEGUNAAN :
* Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.
* Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.
* Memperbaiki sistem peredaran mikro kulit.
CARA PENGGUNAAN :
* Hanya picit sebesar duit 20 sen, jumlah yang cukup untuk sapuan di seluruh kawasan perut, pinggul dan paha. (Cuci tangan anda dengan sabun sebaik selepas menyapu gel ini untuk mengelakkan kepanasan yang melekat kepada bahagian lain badan).
* Sapu selepas mandi, pagi dan petang atau sebelum berbengkung.
* Tidak perlu menggosok lama atau mengurut pusingan jam kerana ia cepat dan mudah meresap.
* Sesuai juga untuk semua lelaki dan wanita yang tidak berpantang yang ingin mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL04112052K)
KANDUNGAN & HARGA :
* 50gm : RM30 SM ; RM33 SS ; $18 BR
* 100gm : RM55 SM ; RM58 SS ; $32 BR






Bengkung ialah sejenis kain yang digunakan secara tradisi sejak berzaman lamanya, diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin secara normal (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan.
Bengkung CORRECTUER dari Leesa Formula adalah singkatan perkataan `Correct & Contour`, khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.

KEISTIMEWAAN BENGKUNG CORRECTUER :
* Dijahit 2 lapis, sangat kuat dan tahan untuk penggunaan yang lama.
* Fabriknya yang tebal tetapi lembut, selesa dan mudah menyerap peluh.
* Dipotong dan dijahit dengan baik sehingga terasa sangat selesa dipakai dan terletak kejap di badan.
* Cukup labuh bagi menutup seluruh kawasan perut, bermula bawah payudara sehingga mencecah paras pinggul tanpa masalah menaik, berlipat atau berkumpul di perut (banyak bengkung jenama lain di pasaran dibuat dari kain yang licin dan nipis serta tidak cukup labuh sehingga mudah menaik dan berkumpul di perut).
* Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
* Boleh diikat mengikut tahap ketat yang diingini, tanpa mengganggu pergerakan.
* Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan dengan menyapu bersama gel pelangsing Body Contour Gel dari Leesa Formula.

KEGUNAAN :
* Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.
* Merampingkan kembali pinggang.
* Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
* Menaik dan membentuk kembali punggung.
* Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan.
* Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.

CARA PENGGUNAAN :
* Setelah menyapu Body Contour Gel di seluruh kawasan yang hendak dibengkung, berdiri tegak dan letakkan bengkung dari bahagian belakang abdomen menghala kedepan dengan punca tali berada di bawah.
* Jika bengkung terlalu panjang, sila klim atau jahit di bahagian tengah bengkung.
* Lipat bahagian kanan kain ke dalam, manakala sebelah kiri kain di bahagian luar dengan punca tali yang kelihatan dibahagian bawahnya.
* Mula mengikat dengan memasukkan semua tali ke dalam lubang pertama yang berhadapan dengan punca tali, kemudian tarik sehingga ketat. Lakukan cara yang sama hingga dilubang kedua atas yang bertentangan (menjadikan ikatan bersilang), sehingga habis semua lubang diikat kejap.
* Setelah rasa cukup ketat dan selesa, simpulkan lebihan tali tadi di bawah ikatan bengkung.
Pakai pada waktu pagi dan malam berterusan selama 40 hari.
Jika bersalin secara pembedahan, jangan guna bengkung ini sehingga sembuh kesan pembedahan.

SAIZ: Saiz bebas
Harga: RM49 SM RM52 SS $28BR


No comments:

Post a Comment